[PUISI] DI BALIK TOPENG

Tidak kurelakan kebun ini kau pancung pokok-pokok yang sedang menumbuhkan bunga dan akan berbuah untuk dimakan oleh anak cucu.
Berhentilah membakar hutan punca rezeki sekalian rakyat, dan hutan juga tempat tadahan air bekalan seluruh desa kami.

Jangan kau hitamkan biru laut tempat ikan bermain, di situ nelayan menadah nafkah setiap pagi agar anak cucu tidak mati kelaparan.
Apa lagi yang kau mahu setelah membolot kuasa, harta dan segala hasil mahsul kepunyaan rakyat jelata, sehingga membuncitkan perut sendiri tanpa memikirkan nasib kami.

Apa lagi yang kau buru sesudah kau bakar kebun ini dengan api ketamakkan yang membusung di dadamu.

Apa lagi yang kau cari setelah melukakan hsti kami dengan lakonan palsu serta slogan pura-pura mu itu.

Apa lagi?

Kebun yang menjadi milik anak cucu ini bukan milik mutlakmu, kau hanya memikul amanah dari dakwat jadi rakyat.

Mana hakmu untuk sewenangnya membuka pagar kebun ini untuk dimasuki pembelot yang hanya berjuang untuk mengenyangks perut.
Mana maruahmu mengadaikan kebun ini kepada sesiapa saja yang memihak padamu, sedangkan mereka tidak pernah berjuang untuk menakmurkan tanah ini.

Tidaklah kurelakan kau berbuat sekehendakmu kerana kebun ini milik kami, kau adalah pendusta yang bertopeng, sedangkan di sebalik topeng itu ada wajah yang amat menakutkan.

RM
25.9.2020

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error

Anda suka laman web ini? Kongsikan dengan rakan anda...

Hantar E-mel
YouTube
Instagram