TRAGEDI SUATU PAGI

Satu petang matahari terlalu cepat pergi dan bulan lambat mengganti. Malam itu bunyi luar biasa seekor belatuk merobohkan sarangnya sendiri. Pada hal dia menukang berhari-hari menjadikan sarang seperti semulajadi. Anak-anak belatuk hidup manja. Di sebuah sarang bak istana. Sekarang semuanya terbang lari. Mencari pohon, kerana tak mampu menukang tanpa strategi. Ayahnya belum mengajar mereka bertukang kerana asyik mengasah paruh. Malam itu setelah sarang diroboh, dia mula membenci akan paruhnya sendiri. Anak-anak sudah tak dihirau. Hatinya kacau bilau. Pagi itu terjadilah satu tragedi. Belatuk mati di pangkal sebatang pokok, Paruh tajamnya tertanggal dari kepala. Matanya dikorek. Kakinya terikat. Hari berikutnya sesuatu yang aneh dijumpai tak jauh dari tempat tragedi. Hati sang terkukur masih berdenyut dan ada suara berbunyi, “anak-anakku kembalilah ke pokok itu, baiki semula sarang kita”

RM
13.2.2021

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error

Anda suka laman web ini? Kongsikan dengan rakan anda...

Hantar E-mel
YouTube
Instagram