SYARAT PERTANDINGAN DENDANG SYAIR ANTARABANGSA 2021 KALI KE-4

Syarat pertandingan:

  1. Terbuka kepada lelaki dan perempuan berumur 18 tahun ke atas dari mana-mana negara ASEAN tapi mestilah menggunakan bahasa Melayu.
  2. Pertandingan ini merupakan dendangan secara solo menggunakan apa saja irama dan teks syair pilihan sendiri.
  3. Penyertaan melalui kiriman video hendaklah dihantar ke emel setanggi@roslanmadun.com dalam saiz 720p atau 1080p, dengan format .mov atau .mp4 sahaja
  4. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.
  5. Dendangan syair hendaklah diiringi muzik atas kreativiti masing-masing.
  6. Durasi dendangan mestilah tidak kurang dari tiga minit dan tidak lebih dari lima minit.
  7. Penggunaan teks syair dari mana-mana sumber adalah tanggungjawab peserta untuk memperolehi kebenaran hak cipta.
  8. Rakaman hendaklah dalam bentuk lanskap atau mendatar, bukan potret atau menegak.
  9. Penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan tanpa perlu memberitahu secara bertulis akan sebab-sebabnya.
  10. Kiriman video hendaklah sampai selewat-lewatnya 25 Ogos 2021 jam 12.00 malam.
  11. Peserta hendaklah menulis nama penuh, alamat tempat tinggal, no telefon dan alamat emel bersama-sama video yang dihantar.
  12. Keputusan panel penilai adalah muktamad, segala bantahan tidak akan dilayan.
Hantar E-mel
YouTube
Instagram