
Syarat pertandingan:
- Terbuka kepada lelaki dan perempuan berumur 18 tahun ke atas dari mana-mana negara ASEAN tapi mestilah menggunakan bahasa Melayu.
- Pertandingan ini merupakan dendangan secara solo menggunakan apa saja irama dan teks syair pilihan sendiri.
- Penyertaan melalui kiriman video hendaklah dihantar ke emel setanggi@roslanmadun.com dalam saiz 720p atau 1080p, dengan format .mov atau .mp4 sahaja
- Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.
- Dendangan syair hendaklah diiringi muzik atas kreativiti masing-masing.
- Durasi dendangan mestilah tidak kurang dari tiga minit dan tidak lebih dari lima minit.
- Penggunaan teks syair dari mana-mana sumber adalah tanggungjawab peserta untuk memperolehi kebenaran hak cipta.
- Rakaman hendaklah dalam bentuk lanskap atau mendatar, bukan potret atau menegak.
- Penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan tanpa perlu memberitahu secara bertulis akan sebab-sebabnya.
- Kiriman video hendaklah sampai selewat-lewatnya 30 Ogos 2022 jam 12.00 malam.
- Peserta hendaklah menulis nama penuh, alamat tempat tinggal, no telefon dan alamat emel bersama-sama video yang dihantar.
- Keputusan panel penilai adalah muktamad, segala bantahan tidak akan dilayan.
