PEJUANG TAK PERNAH MENDAPAT PEMBELAAN SEWAJARNYA

Saya ke Aceh beberapa kali. Rumoh Tjut Nya’ Dhien ini yg paling saya ingat. Tak jauh beza dgn rumah Melayu di sini. Di bahagian dapurnya ada perigi yang tinggi batu kolahnya. Menurut kawan, telaga itu sengaja dibuat tinggi bagi mengelakkan orang yg khianat utk meracuni pahlawan wanita itu. Tiang rumah yg tinggi juga ada kaitannya.

Kisah Cut Nyak Dhien pernah difilemkan oleh Eros Djarot adik. Yg saya tahu itulah satu filem yg beliau buat. Tapi filem itu terus diputarkan di universiti utk bahan kajian. Ke luar negara juga sudah ditayangkan. Byk cabaran menghasilkan filem epik itu. Lakonan Christine Hakim sebagai Cut Nyak sangat cemerlang.

Terakhir ke Aceh saya lihat pembangunannya mendadak. Dari tak punya byk restoran selepas tsunami, sekarang hampir semua jenama restoran yg ada di KL, ada di sana. Sepanjang sungai yg pernah menghanyutkan ribuan mayat masa tsunami telah didirikan deretan kedai dan gedung perniagaan. Pembangunan bandara cepat 10 tahun dari andaian saya.

Malamnya tidak lagi sunyi. Kalau selepas tsunami hanya ada dua atau tiga restoran dan anak-anak muda berebut wifi, tapi sekarang dah macam KL. Hanya yg saya nampak khidmat pengangkutan masih bermasalah. Malam susah nak cari teksi. Grab belum ada. Tapi dlm masa dua tiga tahun ini tentu berbeza.

Kesan tsunami kpd mereka yg pernah melaluinya masih fobia. Bila hotel di Medan yg saya tinggal terkena gegaran sekitar 2 skala richter, kawan saya yg dtg dari Aceh subuh itu saya tengok tak berdarah mukanya kerana fobia. Saya pernah juga ke Lhoksmawe utk minum kopi paling sedap dlm cawan kecil, walaupun airportnya macam bangunan sekolah saja, dan kami minum kopi bawah pokok saja menunggu flight utk check in.

Itu dulu, skg Bandara dan Lhoksmawe tentu sudah berbeza. Jangka masa tiga tahun boleh saja merubah byk perkara, terutama Bandara yg sudah hampir sesibuk Kota Medan. Namun yg membuat saya rindu bukanlah kerana pesat pembangunan itu tapi jiwa saya masih terkesan dgn sejarah perjuangannya.

Rasa marah masih bernyala bila mengenangkan Cut Nyak ditipu Belanda. Pahlawan wanita itu dijanjikan penjagaan kerajaan jika menyerah. Tapi Cut Nyak disia-siakan, dia dibuang ke pulau. Dalam uzur, matanya yg makin kabur serta menderita sakit gout, Cut Nyak akhirnya meninggal sebagai guru agama (Al-Quran) di hujung usianya.

Demikianlah, di mana-mana pun jua, para pejuang tidak pernah mendapat pembelaan yang sewajarnya. Sebab itulah Bahaman tidak menyerah, dan yg lain juga sanggup mati di medan perang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error

Anda suka laman web ini? Kongsikan dengan rakan anda...

Hantar E-mel
YouTube
Instagram