UWAIS AL-QARNI

Kerana seorang ibu
tak kau datangi Mekah dan Madinah
bertemu Rasulullah
kau pengembala kambing
hidup miskin
tapi di mata nabi, kau seorang wali
doamu diangkat ke langit tinggi

Basah hatiku mendengar jawapanmu,
Uwais al-Qarni
ditanya Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali
tentang segunung cintamu, pada ibu
tak terbanding dengan sesuatu
tapi tentu tangismu lebih syahdu
mendengar nabi menitip salam padamu

hidup ini bukan tentang apa yang mahu dilihat
tapi tentang jujur yang tersembunyi
sepatutnya kau mendatangi nabi sebelum wafat
itu tidak terjadi
bersih batinmu bagaikan putih langit
tiada cela barang sekelumit

di depan Sayyidina Umar
tangismu menerima kabar
seolah-olah banjir sepadang sahara
Uwais, kau mencambahkan rinduku
pada ibu
kalaulah masa boleh diputar
ingin kupelok seorang wali besar
kerana akulah pendosa yang kehilangan doa

Uwais, pengembala kambing
wali besar zaman nabi
ingin kudengar suaramu
mendoakan aku

@Roslan Madun
20.4.2021 – 8 Ramadan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HATHIB ABI BALTA'AH

24/04/2021

error

Anda suka laman web ini? Kongsikan dengan rakan anda...

Hantar E-mel
YouTube
Instagram