SEBELUM DIPANGGIL KEMBALI

Kuteringat senyummu yang basah
matamu yang rendah
tak pernah kudengar amarah
dari bibirmu yang merah

Mokhtar Yaakub, kau terlalu cepat pergi
guru tauhid tinggi peribadi
bersalasilah dari Iman Ishak
Sheikh Umar
Sheikh Abdul Wahab Rokan
dan Imam Sulaiman
jalur ilmu Salman Al-Farisi
berkembang ke hari ini

Ketika pertama kali aku membaca puisi
kau menjadi saksi
kecintaanku pada seni
subur sampai kini

Di depanku Ahmad Najaa’
waris ulama’
aku akan terus berpuisi
mengali erti
mukjizat para nabi
untuk mengenal diri
sebelum dipanggil kembali

RM
2.3.2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PERKHABARAN BENAR

01/03/2021

error

Anda suka laman web ini? Kongsikan dengan rakan anda...

Hantar E-mel
YouTube
Instagram