PERKHABARAN BENAR

Dua perkhabaran benar
khabar Rasul, khabar mutawatir
kata Syeikh Daud
yang nyata, yang perlu berfikir

Sesat dalam diri lebih menakutkan
dari sesat dalam hutan
bahagialah orang-orang yang arif
berdiri di pintu kebenaran
aku yang naif
seperti haiwan kebuluran

Khabar mutawatir membuahkan ilmu dharuri
tak perlu kajian teori
tak perlu dalil dan hujah
kebenaran kejadian tiada tersanggah
khabar Rasul disokong mukjizat
istidlal diangkat
seorang faqih mengistinbat
sesuatu yang hakikat

Syeikh Daud Syeikh Abdullah Al-Fatani
ulamak waris para nabi
sedang aku hanyalah pelayar tua
bidukku kecil mengharungi samudera
setiap kali kitabmu kubuka
mengeletar seluruh anggota
beri aku hidayah memperkukuh akidah
beri aku kekuatan bermujahadah
Tuhan, permudahkanlah

RM
1 Mac 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Anda suka laman web ini? Kongsikan dengan rakan anda...

Hantar E-mel
YouTube
Instagram