
“𝑮𝒆𝒏𝒅𝒆𝒓𝒂𝒏𝒈 𝑷𝒆𝒓𝒂𝒏𝒈 𝑺𝒖𝒅𝒂𝒉 𝑩𝒆𝒓𝒕𝒂𝒃𝒖𝒉!”
Raja Ungu iaitu Raja Perempuan Patani ketiga digelar penjajah sebagai ‘God of War’ atau ‘Lord of Thunder’ kerana kehandalan baginda berperang. Sebelum pulang ke Patani memegang takhta kerajaan, srikandi perkasa itu merupakan Sultanah Kerajaan Pahang, isteri kepada Sultan Abdul Ghafur yang dimasyhurkan sebagai Paduka Seri Sultanah Alam Syah.
Sayangnya, setelah kemangkatan marhum suami dan sekembalinya Raja Ungu ke Patani, anakanda baginda iaitu Raja Kuning telah dicagarkan kepada Apya Deca (Ayuthaya-Siam) oleh kekandanya Raja Biru, supaya Patani tidak diserang.
Apakah yang akan berlaku kepada kerajaan Patani? Adakah ‘Lord of War’ atau ‘God of Thunder’ akan berdiam diri, sedangkan bagindalah Sultanah juga Raja Perempuan yang paling digeruni di Alam Melayu ini?
Saksikan kisah epik peperangan ini di pentas Balai Budaya Tun Syed Nasir DBP pada 𝟭𝟳 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟮 pukul 𝟴:𝟰𝟱 𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺.
Jangan lupa untuk dapatkan tiket ke pementasan Teater-Syair Setanggi Ratna Inderapura ini yang berharga hanya RM15.00 seorang dengan segera!
Sila hubungi 0177183983 atau whatsapp Urus Setia untuk urusan tiket.
𝑱𝒖𝒎𝒑𝒂 𝒂𝒏𝒅𝒂 𝒅𝒊 𝒔𝒂𝒏𝒂!