HATHIB ABI BALTA’AH

Setepat anak panahmu di perang Badar
sehebat strategimu saudagar besar
pilihan nabi menghantarmu ke Iskandariah
membawa surat amanah
tepatlah kau lelaki pujaan
dalam Al-Quran
Hathib Abi Balta’ah al-Hakimi
utusan Islam ke Maqauqis
lelaki syurga
yang kucinta

Duhai anak cucuku, contohii Hathib Abi Balta’ah
lelaki perang yang berhemah
bestari di hujung lidah
Raja Qibti pun menyerah
terpesona bicara lelaki karomah
dialah sang pemanah tepat
di depan orang dia merendah, penuh hormat
sesuailah sebagai kepercayaan nabi
syiar Islam dijunjung tinggi

Duhai pemimpinku, hentikan perbalahan
kuburkan kerakusan
kami rindukan cantiknya negara
pemimpin bersih rakyat selesa
kembali kepada kitab suci
hadith dan Imam Syafie
kita tanam pokok maruah di laman integrasi
nanti subur merimbun, berbunga harmoni
berbuah silatulrahmi
kita petik sama-sama
dengan saksama

Hathib Abi Balta’ah, datanglah ke rumah
aku ingin muhasabah
menyingkir segala gundah

@ Roslan Madun
24.4.2021 – 12 Ramadan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

UWAIS AL-QARNI

20/04/2021

Doa Untuk Ibuku

09/05/2021

error

Anda suka laman web ini? Kongsikan dengan rakan anda...

Hantar E-mel
YouTube
Instagram