Doa Untuk Ibuku

KEKASIHKU LIMA WANITA

Terbayang Siti Mariam
wanita paling bahagia
penghuni surga
melahirkan Isa tanpa bapa
mukjizat Tuhan Yang Esa

Siti Khatijah nan qaromah
isteri pertama Rasulullah
paling dicintai
tak pernah mendustai
kata-kata di lidah nabi

di sisi Firaun Siti Asiyah
wanita berani, tidak goyah
bijaksana seimbang, akalnya tajam
menyelamatkan Musa
mengobori kejahilan Mesir purba
bestari akalnya

Siti Fatimah binti Rasulullah
mulia pekerti terserlah
kesayangan nabi
permata hati Sayidina Ali
kata-katanya intan terpilih
dari lidah mulus fasih
dari jiwa suci bersih

kelima, emakku Siti binti Bador
jiwanya luhur, hidupku terhibur
lima Siti, namanya mewangi di sanubari
di bawah payung Ilahi

mak, aku di bawah tapak kakimu
halalkan dunia akhiratku

@Roslan Madun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

HATHIB ABI BALTA'AH

24/04/2021

error

Anda suka laman web ini? Kongsikan dengan rakan anda...

Hantar E-mel
YouTube
Instagram