KERANA AKU HANYALAH HAIWAN YANG BERKATA-KATA

Kerana aku hanyalah haiwan
yang berkata-kata
diberi fikiran dan jiwa
datangkanlah perkhabaran mutawatir
dan perkhabaran Nabi terakhir
dharuri dan mukjizat biarlah menyatu
nafi dan isbat sandaran tasawwur

Al-Istidlal, ingin kucium tanganmu
ceritakanlah perkhabaran Rasulku
syarak, adat dan akal
siapalah aku untuk menyangkal
perjalanan ini jauh
bekalan hanya separuh

Jazim pertama dalil dan bukti
timbul dari kesedaran diri
khawas yang kumasuki
jazim sebati di sanubari
ingin kuketuk pintu tajalli
izinkan aku Rabbi

Kerana aku hanyalah haiwan
yang berkata-kata
lidahku buangkanlah dusta
sucikan pancaindera
percikkan cahaya aram temaram
dalam gelita malam

Roslan Madun
21.2.2021

Leave a Reply

Your email address will not be published.

PERKHABARAN BENAR

01/03/2021

error

Anda suka laman web ini? Kongsikan dengan rakan anda...

Hantar E-mel
YouTube
Instagram