JAUHAR DAN KEJAUHARAANNYA

Aku hilang dalam jauhar yang agung
kerana kau kekal dengan kejauharanmu
ketika aku kembali ke tanah
kau jauhar tidak musnah
kembali kepada kekekalanmu
kau jauhar yang mulia
dengan kehendak Allah Azzawajalla
jauhar menghuni syurga

Kerana aku ingin mematikan duniaku
telah kubuka pintu
biar jubun keluar meluru
keberadaan yang membelit usia
sebenarnya sesuatu yang tak pernah ada
ada dalam tiada
tiada dalam ada
jauhar begitu berahsia
aku hampir terpedaya

Mati hanyalah satu peristiwa
jiwa berhenti memakai perkakasnya
jiwa itu bukan jisim, bukan aradh
dalam sebuah kesementaraan
ada yang musnah
ada yang fana
akulah yang akan musnah
jauhar kekal dengan kejauharannya

Roslan Madun
26.1.2021

Leave a Reply

Your email address will not be published.

PELAJARAN BAHAGIA

27/01/2021

error

Anda suka laman web ini? Kongsikan dengan rakan anda...

Hantar E-mel
YouTube
Instagram