DI TIANG SALIB

Kerana pengakuan
dirinya bersatu dengan tuhan
ketika Al-Halaj disalib menunggu kematian
darah menitik dari matanya
dari rekah rongganya
rentung daging punggungnya
akan dipotong-potong seluruh tubuhnya

Al-Halaj senyum mengenggam keyakinan
ahli tasauf yang kental pegangan
dengan kata-kata yang penghabisan;
tasauf ialah apa yang kalian saksikan

Betulkan jalan kita anak!
di hadapan ada hutan dan semak
tapi pasti juga ada sungai dan gunung
itu semua rahsia tuhan yang agung
tasauf itu tidak menyesatkan
tapi jalan dalam rimba kehidupan
hidup ini aneh
setelah bermula jernih
tapi dikelamkan oleh keliru dan alpa
yang sering bertandang ke hati kita

28.1.2021
Sri Ramal

Leave a Reply

Your email address will not be published.

PELAJARAN BAHAGIA

27/01/2021

USMAN G. WANIMBO

29/01/2021

error

Anda suka laman web ini? Kongsikan dengan rakan anda...

Hantar E-mel
YouTube
Instagram