KERETAPI YANG SALAH MEMBAWA KE STESEN YANG BETUL

PuisiAda kalanya kita menyalahkan takdir
apabila harapan terasa berakhir
seolah-olah dunia telah cair
kecewa bak musafir
di hujung pencarian tak menemukan air
jiwa pilu merintih
kerana cinta menyisih

Keretapi pun meneruskan perjalanan
membawa gerabak cinta ke kejauhan
stesen telah ditinggalkan
malam dibungkus kesepian
hanya hati yang berani
sanggup meredah onak duri
kerana malam tak pernah menyesatkan
bagi yang tidak buta perasaan

Di manakah lagi perempuan seperti Yoon Se-Ri
semangatnya menyala bagaikan api
tangkas gagah berani
membakar hangus sempadan negeri
hingga terkesima Jeong Hyeok
membuang segala rajuk
menjadikan bertapa indahnya hidup
cinta sejati tak pernah terhenti
selain mati
tiada lebih besar hukuman
selain terhalangnya pertemuan

Aku merindui senyumanmu Yoon Se-Ri
wanita kuat berjati diri
betapa hebat Jaeong Hyeokmu
menyimpan rindu
kerana cinta yang diam itu mahal
harganya tidak ternilai
ketika memijak garis sempadan
peluru tak jejas menembusi badan

Jika menaiki keretapi yang salah landasan
jangan tuhan dipersalahkan
kerana stesen yang ditumpangkan
di situlah sebenarnya tempat singgahan
bersabar menanti doa dimakbulkan
kerana yang lewat itu keajaiban
itulah nikmat iman
membentang jalan kebenaran

RM
7.2.2021

  • Puisi buat Ramli Saleh moga berbahagia dgn Yoon Se-Ri yg sentiasa ada di samping tu… jgn nak ngorat yg lain pulak tau!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

FILEM ITU II

05/02/2021

error

Anda suka laman web ini? Kongsikan dengan rakan anda...

Hantar E-mel
YouTube
Instagram