SEON-U iii – PENJARAKAN DUKA LARA
Pedih sengsara masa lalu mahu dibayar dengan apa Seon-U
jika putaran hidup tidak menyebelahimu
buku masa depan tak pernah awal tiba
untuk kau baca
kau hanya berupaya mengharap
agar cahaya tidak pergi meninggalkan samar
Jika takdir tidak seperti yang kau duga
gerhana hilang tiba-tiba
bunga berkembang di pusara
pelangi menerpa jendela
mau ke mana lagi selepas ini
kerana tak terdaya kau menjolok matahari
Seon-U, berhentilah berlari
kembalilah mengenggam realiti
sia-sia menebas angin
kerana esok adalah hari yang lain
tapi jika kau benar-benar yakin
dan ingin terus bermain
jadilah wanita perkasa dan penjarakan duka lara
hasilnya pasti luar biasa
RM
9.2.2021
