PERTANDINGAN DENDANG SYAIR ANTARABANGSA KALI KE-3 2020
Anjuran
Persatuan Bitara Syair Melayu Nusantara (BITARA) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Syarat Penyertaan:
- Terbuka kepada lelaki dan perempuan semua peringkat umur.
- Hanya satu kategori dipertandingkan iaitu dendangan syair solo.
- Penyertaan melalui rakaman video berdurasi sekitar empat minit
- Irama syair atas pilihan sendiri.
- Teks syair dipetik daripada buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka atau buku terbitan di negara peserta.
- Jumlah syair tidak lebih empat rangkap.
- Rakaman video perlu diiringi sekurang-kurangnya satu alat muzik, atau minus one, atau kumpulan muzik.
- Lapan peserta akan dipilih ke pertandingan akhir yang akan diadakan secara langsung dengan iringan orkestra.
- Tempat dan tarikh pertandingan akhir akan dimaklumkan kemudian.
- Penilaian akan dibuat berdasarkan penguasaan irama, kekuatan vokal, penghayatan teks dan gaya persembahan.
- Tarikh tutup penghantaran video ialah pada 30 September 2020.
- Senarai peserta ke peringkat akhir akan dimaklumkan melalui Whatsapp.
- Keputusan juri adalah muktamad.
- Peserta yang tidak mendapat jawapan selepas 10 Oktober 2020 bermakna mereka tidak berjaya ke peringkat akhir.
Hadiah Utama
Juara – RM3,000
Kedua – RM2,000
Ketiga – RM1,000
Sagu Hati
RM500 x 5 peserta
Cara penyertaan
Hantarkan rakaman video anda ke Telegram atau Whatsapp di talian +6012-901 3636.
Sila catatkan nama, alamat surat-menyurat dan nombor telefon bimbit.