CITRA SYAIR MALAYSIA 2020

Syarat Penyertaan:

  1. Citra Syair Malaysia adalah pertandingan dendang syair solo terbuka kepada lelaki dan perempuan semua peringkat umur.
  2. Penyertaan melalui rakaman video berdurasi sekitar empat minit.
  3. Irama syair atas pilihan sendiri.
  4. Teks syair dipetik daripada buku terbitan DBP.
  5. Jumlah syair tidak lebih empat rangkap.
  6. Rakaman video perlu diiringi sekurang-kurangnya satu alat muzik, atau minus one, atau kumpulan muzik.
  7. Lapan peserta layak menerima hadiah wang tunai yang disediakan berdasarkan markah tertinggi.
  8. Hanya tiga peserta akan dipilih ke pertandingan akhir yang akan diadakan dengan iringan muzik secara langsung.
  9. Pertandingan akhir akan diadakan pada 22 Oktober 2020 di Balai Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka.
  10. Penilaian akan dibuat berdasarkan penguasaan irama, kekuatan vokal, penghayatan teks dan gaya persembahan.
  11. Tarikh tutup penghantaran video ialah pada 30 September 2020.
  12. Senarai tiga orang peserta ke final akan dimaklumkan melalui aplikasi Whatsapp.
  13. Keputusan juri adalah muktamad.
  14. Peserta yang tidak mendapat jawapan selepas 10 Oktober 2020 bermakna mereka tidak berada dalam senarai lapan terbaik untuk melayakkan mereka menerima hadiah.

Hadiah:
Juara – RM1,000
Kedua – RM700
Ketiga – RM500
Sagu hati – RM100 x 5 peserta

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error

Anda suka laman web ini? Kongsikan dengan rakan anda...

Hantar E-mel
YouTube
Instagram