Keputusan Citra Syair 2020

Citra Syair 2020 yang diadakan secara dalam talian telah melabuhkan tirainya. Hasil pertandingan, tempat pertama dimenangi oleh Norakmazulaika Abdul Khalid dari Pahang yang membawa pulang hadiah utama RM1000.00. Tempat kedua dimenangi oleh Hamizah Mat Denin (Kuala Lumpur) dan tempat ketiga milik Muhammad Fadhil Arif dari Sabah. Masing-masing membawa pulang wang tunai RM700.00 dan RM500.00.
Manakala sagu hati sebanyak RM100.00 dimenangi oleh lima pendendang syair iaitu Noorsabrina Khusaimi (Kuala Lumpur), Nurfatini Norazlan (Johor), Zuraidah Aluwi (Negeri Sembilan), Muhammad Hazim Ikhwan (Kuala Lumpur), serta Nurul Ain Razalli (Sarawak).
Norakmazulaika akan mewakili Malaysia ke pertandingan Dendang Syair Antarabangsa ke-3 bersama-sama dua lagi pendendang syair tanahair, iaitu Zafirah Bahiah Hassan dan Shaidatul Nadira Shaharum.