SOEKARNO, KEBENARAN TERSEMBUNYI DI BALIK MATAHARI

Tiada nasi kicap apa lagi roti bakar
makan sajalah ala kadar pengubat lapar
segala milikmu telah pergi
yang tinggal hanya pedih peri
kebenaran tersembunyi di balik matahari
perjuangan mati di sini

“Biar aku hancur asalkan bangsaku bersatu”
tidak bererti lagi kata-kata itu
indah politik seperti bunga
harumnya tak bertahan lama
kau kumbang yang kehilangan madu
longlai langkah, layu matamu

Seorang presiden nan gagah
tersungkur digugah
orang tidak peduli tentang kebenaran
kerana yang diperjuangkan beras dan ikan
di mana-mana pun serupa
buku sejarah tak lazat dibaca

Soekarno, kau pernah digeruni
jiwa kental bak khursani
lambang kebangsaan Indonesia raya
tak terpadam oleh masa
jika kau masih hidup hari ini
aku ingin bersamamu minum pagi
biar kubayar harga berani dan nilai budi
untuk menjadi zat perjuangan kami

RM
13.2.2021

Leave a Reply

Your email address will not be published.

TRAGEDI SUATU PAGI

13/02/2021

error

Anda suka laman web ini? Kongsikan dengan rakan anda...

Hantar E-mel
YouTube
Instagram