BENDERA TERBALIK MENJADI NAGA

Bendera merdeka yang diterbalikkan itu tiba-tiba bertukar menjadi naga berbadan sasa memuntahkan lendir sepanas lahar gunung berapi. Bertempiaranlah orang-orang menyelamatkan harta benda kerana api dari lendir kerongkongnya marak menyala tak memilih mangsa. Kasihan ibu tua dan anak-anak tak upaya bergegas mengikut gerombolan pelarian ke bukit dan ke tempat selamat. Para pembela terbakar hatinya menggendong senjata berat yang dirasakan dapat membunuh naga tapi peluru sedikit pun tidak mencederakan naga celaka. Dalam memburu si penterbalik bendera, naga melanggar apa saja di depannya. Keadaan sudah terlalu huru-hara segala pertahanan jadi sia-sia kerana untuk melepaskan diri sendiri pun siksa. Sistem kemanusiaan tidak berfungsi, hospital simpati kehabisan alat pernafasan untuk menyelamatkan korban. Malapetaka terjadi hanya kerana kebodohan menterbalikkan bendera sendiri.

RM
2.9.2020

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error

Anda suka laman web ini? Kongsikan dengan rakan anda...

Hantar E-mel
YouTube
Instagram